Analisa karya pelukis tempatan dan barat

 

 BAHAGIAN B

KARYA PELUKIS TEMPATAN (1)

 

Karya Seni Visual 1 : Pelukis Tempatan

Pelukis: Tew Nai Tong

Tajuk: Pasar yang sibuk

 


 

https://www.kl-lifestyle.com.my/a-golden-era-by-tew-nai-tong-1936-2013/nggallery/page/1

 

          Pelukis gambar ini ialah Tew Nai Tong yang dilahirkan pada tahun 1936, di Klang.Beliau bersekolah di SJKC Peng Hwa.Pada umur 18 tahun ,beliau berpindah ke Singapore dan  melanjutkan pelajaran di Nanyang Academy of Fine Arts (NAFA).

 

        Karya lukis ini mengambarkan wanita bekerja menjual buah-buahan tempatan dan daun-daun pisang di pasar pagi yang sibuk.Matlamat SDG 11 yang wujud dalam karya ini ialah penanaman buah-buahan tempatan boleh menambah punca pendapatan keluarga melalui menanam dan menjual hasil tanaman yang lebih.Hasil tanaman boleh mengurangkan jumlah kematian yang disebabkan kelaparan.Ini merupakan satu cara melindungi golongan miskin dan ini menambahkan peluang pekerjaan kepada kaum wanita di luar bandar.

 

 

      Hasil karya seni yang berunsur alam semulajadi boleh memupuk insan yang menghargai alam pesekitaran.Melalui menanam boleh mengurangkan berlakunya bencana alam seperti banjir yang serious.

 

          SDG 11 dapat mendidik golongan masyarakat kebijaksanaan dalam mengunakan sumber alam semulajadi,contohnya tanah terbiar untuk menanam hasil makanan dan ini dapat mendidik masyarakat peka dan bertanggungjawab dalam menangani isu-isu alam sekitar.Parasaan cinta kepada alam sekitar dapat dipupuk di kalangan rakyat.

 

3) KARYA PELUKIS TEMPATAN (2)

 

Karya Seni Visual 2 : Pelukis Tempatan

Pelukis: Amirudin Ariffin

Tajuk:  Kupas inti pati bubaya

 


 

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/08/252794/seni-semarak-patriotik

 

          Amiruddin Ariffin ialah seorang artis Malaysia dilahirkan pada tahun 1958.Beliau dilahirkan dengan minat seni dan bakat yang diperlukan, Amiruddin Ariffin telah mengasah karya seninya selama 30 tahun untuk menjadi artis serba boleh dalam pelbagai medium.Contohnya minyak,pastel,akrilik dan dakwat,dan subjek dari potret,figura,landskap hingga ilustrasi.

 

          Karya lukis ini mengambarkan budaya berkerja sama antara satu sama lain.Ahli keluarga dalam gambar mengupas kulit kelapa.Isi kelapa dan kulit kelapa boleh dijual dan meningkatkan punca pendapatan keluarga.Kulit kelapa dikumpul kemas dan dijadikan bahan bakar untuk memanggang itik.Terutamanya di kampung yang bersawah padi atau kolam.Penduduk berdekatan akan menternak itik,lembu,kambing dan ayam.Dalam seni karya kita boleh nampak penyidaian isi kelapa.Tindikan ini merupakan sikap sayangi makanan,sebab isi kelapa yang dikeringkan boleh disimpan dan makan kemudian.Ini boleh mengurangkan masalah kelaparan dan pembaziran makanan.

 

 

         SDG 11 dapat mendidik  masyarakat kebijaksanaan dalam mengunakan sumber alam semulajadi dan menlindungi soaial ekonomi alam sekitar.Contohnya menanam hasil makanan seperti kelapa dan ini dapat mendidik masyarakat peka dan bertanggungjawab dalam menangani isu-isu alam sekitar.Parasaan cinta kepada alam sekitar dapat dipupuk di kalangan rakyat.Melalui pertanaman boleh meningkatkan ekonomi masyarakat dan pembangunan ekonomi sesebuah bandar.Buah kelapa yang lebih boleh dikilangkan dan diproses menjadi santan dalam kotak dan tahan lama.

 

        Yang boleh kita nampak,pelukis meluahkan perasaan dan emosinya berkaitan dengan matlamat pertama SDG 11 iaitu komuniti lestari melalui lukisannya.Audien pula boleh membuat apresiasi terhadap hasil seni visual tersebut. komuniti lestari dari segi keharmonian dan kebudayaan luar bandar.Melalui kesan SDG 11 audien tempatan juga dapat memberi kesan positif yang telah disampaikan oleh pelukis tempatan.Ini dapat melonjakkan pertumbuhan industri perlancongan  Malaysia.

 

 3) KARYA PELUKIS TEMPATAN (3)

Karya Seni Visual 3 : Pelukis Tempatan

Pelukis: Khalil Ibrahim

Tajuk: Pantai timur

 


                    http://ct87upsi.blogspot.com/2010/09/peter-haris-patrick-ng-onn-mohd.html

 

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhncfEQtZUBnk3AZqBSeug4VtfGcmjtlgZREKGcNqZ1SSLWqqoyNxBhpAFLnqtgTqkZSzNA7UmezsNIH2pjgky_jsSgXbqCSH3S1ETZAAYUbuYnFNvnSl4JRcXdN1rYuANb0H8VVy-WacbW/s1600-h/Khalil+Ibrahim-Pantai+Timur-1978.jpg

 

 

          Khalil Ibrahim dilahirkan pada tahun 1934 di Kubang Krian,Kelantan.Beliau adalah salah seorang dari rakyat Malaysia yang menerima biasiswa statistik untuk menghadiri latihan seni di Central St Martins School of Art and Design yang berprestij di London.

 

          Beliau sering memaparkan aktiviti kehidupan masyarakat melalui catan figuratif.Keutamaan Khalil terhadap sosok manuasia telah menyebabkan beliau mencipta imej lelaki dan wanita di perkampungan nelayan Melayu Pantai Timur dengan latar belakang biru dan hijau serta landskap.

 

 

 

          Karya lukis ini mengambarkan perkampungan nelayan Melayu Pantai Timur.Kita boleh nampak penduduk hidup aman damai dan bekerja sama antara satu sama lain.Kaum wanita memberi sumbangan tenaga dalam menjahit jala yang rosak.Penangkapan ikan merupakan punca aktiviti ekonomi yang terpenting di Pantai Timur Malaysia pada zaman dulu.Ini membantu banyak keluarga nelayan.

 

          Hasil seni telah memainkan peranan penting dalam mencapai sasaran SDG-11.Dengan karya hasil seni yang bermatlamat SDG-11,rakyat Malaysia dapat memahami kepentingan perubahan iklim,alam sekitar dan penggunaan sumber alam secara lestari.Mereka juga dapat menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan sayangi sumber lautan semula jadi contohnya ikan,udang,ketam dan sebagainya.

 

          Dengan matlamat SDG-11,wujudlah pelbagai hasil seni yang berunsur warisan kebudayaan dan alam semula jadi.Ini adalah penting dalam memupuk kesyukuran generasi Malaysia.Rakyat Malaysia harusnya menghargai keindahan alam sekitar dan sayangi sumber lautan semula jadi.Mereka juga dapat menghayati keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri,keluarga,masyarakat dan negara.

 

 

3) KARYA PELUKIS BARAT (1)

Karya Seni Visual 1  : Pelukis luar negara

Pelukis: Jean-Francois Millet

Tajuk: Pengumpul jerami

 


                 

 

 

          Jean-Francois Millet (Bahasa Perancis) seorang pelukis Perancis dan salah seorang pengasas sekolah Barbizon di luar bandar Perancis.Beliau dilahirkan pada 4 Oktober 1814 di Gruchy,Normandy,France.Beliau meninggal dunia pada 20 January 1875.(60 tahun)

 

          Millet terkenal dengan lukisan petani-petani dan boleh dikategorikan sebagai sebahagian daripada Gerakan seni Realisme.Millet membahaskan tema kelas pekerja luar bandar dan beliau menganggap ini paling dekat dengan alam semula jadi.

 

          Millet memilih tajuk berkaitan dengan pungutan Jerami.Tiga Wanita mencari timbuan tanaman yang terlepas semasa penuaian pertama.Mereka kelihatan membongkok badan dan mengaut sisa-sisa tanaman.Makna lukisan jauh lebih mendalam tentang kesusahan golongan miskin.

Dengan matlamat SDG-11.4 bertema lindungi warisan budaya dan semula jadi dunia.Hasil kaya ini menunjukkan penduduk-penduduk luar bandar ini melindungi dan menyayangi alam semula jadi.Mereka tidak membazir sumber makanan dan mengumpul jerami.Ini menunjukkan penduduk-penduduk sayangi makanan dan cintai alam semula jadi.Pengumpulan ini boleh mengurangkan masalah kemiskinan dan kelaparan. Hasil karya seni yang berunsur alam semulajadi boleh memupuk insan yang menghargai alam pesekitaran.

 

          SDG-11.5 mengurangkan kesan buruk bencana alam boleh nampak di hasil karya ini.Melalui penanaman boleh mengurangkan berlakunya bencana alam.Contohnya tanah runtuh dan banjir kilat.Ini pun boleh mengurangkan jumlah kematian bilangan mangsa bencana alam.Penanaman boleh mengimbangkan ekosistem  alam semula jadi dan membekalkan oksigen yang segar.


 

3) KARYA PELUKIS BARAT (2)

 

Karya Seni Visual 2  : Pelukis luar negara

Pelukis: Georges Seurat

Tajuk: Petang Ahad di Pulau La Grande Jatte (1884-86)

  


                 https://www.theartstory.org/movement/post-impressionism/

 

          Georges Seurat ialah seorang pelukis dari Perancis.Beliau dilahirkan pada 2 Disember 1859 di Paris,France.Beliau meninggal dunia pada 29 January 1891.(31 tahun) Beliau seorang pelukis pasca-impresionis Perancis.

 

          Pada musim panas 1884,Georges Seurat mula bekerja pada petang Ahad di Pulau La Grande Jatte.Lukisan ini menunjukkan pelbagai aktiviti taman.Hasil karya ini mengambil masa dua tahun untuk menyiapkan.

 

          

         Hasil karya seni yang berunsur alam semulajadi dan terwujudnya kedaiaman. Matlamat SDG 11 yang wujud dalam karya ini ialah pembangunan Mampan dan sistem pengangkutan yang berpatutan dan mampan.Walaupun pembangunan pesat dan wujudnya sistem pengangkutan yang maju di pulau ini ,tapi penduduk-penduduk masih menjagai alam semula jadi.Mereka tahu alam semula jadi adalah khazah yang perlu dihargai,dijaga dan dimajukan.

 

      Taman rekreasi merupakan kawasan yang penting untuk bergembira dan melepaskan perasaan tekanan.Taman reakeasi boleh mengeratkan hubungan antara jiran tetanga.Interaksi ini memastikan hubungan antara masyarakat lebig mesra dan terjalin rapat.Suasana yang tenang dengan kehijauan boleh mengurangkan tekanan kerja dan memastikan seseorang itu mendapat tenaga untuk meneruskan kehidupan.Pulau ini juga merupakan tempat rehat dan main bagi haiwan peliharaan manusia.Sebagai warganegara Malaysia yang bijak, kita wajid menjaga alam semula jadi untuk menjamin kelestarian alam kita ini selaras dengan matlamat SDG-11 yang bertema lindungi warisan budaya dan semula jadi dunia.

       

 3) KARYA PELUKIS BARAT (3)

Karya Seni Visual 3  : Pelukis luar negara

Pelukis: Pietro Perugino

Tajuk: Kristus memberikan kunci kerajaan syurga kepada St.Peter (1482)

 

 



 

https://www.theartstory.org/movement/early-renaissance/

 

          Pietro Perugino adalah seorang pelukis Renaissance Itali yang lahir di Pietro Vannucci.Beliau dilahirkan pada tahun 1446 dan meninggal dunia pada 1523.Beliau adalah pelukis Renaissance Itali dari sekolah Umbrian yang mengembangkan beberapa kualiti yang menemui ekspresi klasik dalam Renaissance Tinggi.

 

      

 

 

 

         Lukisan ini menunjukkan saat apabila Kristus,berdiri di tengah-tengah dengan pakaian ungu dan biru,memberikan Kristus menghantar kunci kerajaan syurga kepada St.Peter .Sepasang kunci emas dan perak menjadi sifat Saint Peter( sifat dalam pengertian ini adalah objek yang dikaitkan dengan orang suci yang membantu penonton dalam mengenal pasti orang suci).

   

          Kristus berkata kepada Petrus:”engkau adalah Petrus,” dan di atas batu ini  aku akan membina gerejaku dan akan memberikan anda kunci kerajaan syurga.

 

          Matlamat SDG-11 yang dapat dalam hasil karya ini adalah keamanan,keadilan dan pertubuhan kukuh.Kita dapati penduduk-penduduk hidup aman damai bersama dan mereka percaya orang suci akan ke syurga selepas kematian.Kristus sanggup berkongsi kunci menunjukkan dia berkemampuan menyatukan hati penduduk-penduduk setempatnya.Penerapan nilai-nilai murni mampu melahirkan masyarakat yang hidup harmoni,sejahtera dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain.Penerapan nilai-nilai murni harus diamalkan oleh setiap insan untuk membentuk masyrakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama masing-masing.

 

https://smarthistory.org/perugino-christ-giving-the-keys-of-the-kingdom-to-st-peter/

 

 

评论